Berkenaan Kami

 
Pada tahun 2004, Agnesia telah dinobatkan sebagai juara “Superbrand Awards” kerana jenamanya yang dikenali oleh pengguna dan rakan-rakan industri. Selain daripada itu, ianya juga diperakui Halal.

Sejak dari tahun 1930an lagi, bedak antibakteria Agnesia telah menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membantu melegakan masalah ruam pada kulit akibat cuaca panas.

Formulasi bedak antibakteria Agnesia ini dimulakan di Britain dan dibawa kesini mengikut keperluan tropika negara ini.

Bedak antibakteria yang terkenal dengan tin merah ini telah dikenali sejak dahulu lagi dan telah digunakan dari generasi ke generasi. Ia juga sering dijumpai di pasaran Singapura, Maldives, dan Nigeria.

Pada tahun 2004, Agnesia telah dinobatkan sebagai juara “Superbrand Awards” kerana jenamanya yang dikenali oleh pengguna dan rakan-rakan industri. Selain daripada itu, ianya juga diperakui Halal.

Mempunyai pengalaman berdekad lamanya, produk Agnesia juga telah menghasilkan sabun pembersih dan krim tumit merekah untuk memberi keselesaan dan kelegaan kepada pengguna. Agnesia akan sentiasa menghasilkan produk yang terbaik untuk mencapai impian sebagai pilihan utama Malaysia dalam kategori produk antibakteria.